Pandangan Agama Buddha Tentang Astrologi

Semenjak manusia mula meneliti bumi ini serta alam sekelilingnya, dia
berasa mungkin terdapat satu perhubungan di antara dirinya dengan bintang-
bintang. Manusia berpendapat pengerakan bintang-bintang ini mungkin
mempegaruhi hidupnya. Para cendikiawan daripada setiap bangsa dan budaya
yang berbeza cuba menghuraikan tentang perhubungan fenomena ini dan
maksud yang terkandung di sebaliknya.

Buku ini bertujuan menerangkan pandangan agama Buddha tentang
bidang astrologi. Agama Buddha menasihati manusia supaya jangan terlalu
bergantung kepada kuasa luar. Sungguhpun begitu, agama ini mengalakkan
satu sikap yang rasional terhadap perhubungan yang wujud di antara manusia
dan bintang-bintang.

Pandangan Agama Buddha Tentang Astrologi

Semenjak manusia wujud di dunia ini, dia amat tertarik dengan pengaruh
bintang. Dia berusaha mencari perkaitan yang mungkin wujud diantara masa
depannya dengan bintang. Kajian serta tafsiran tentang bintang dan
pergerakannya telah menghasilkan dua bidang yang baru, iaitu astronomi dan
astrologi.

Astronomi boleh dikatakan sebagai satu bidang sains tulen yang mengkaji
pengukuran jarak, evolusi dan disintegrasi bintang serta pengerakannya.
Sesungguhnya, semua ini ukuran yang relatif kepada bumi. Kajian cara
pengerakan planet-planet tersebut mempengaruhi manusia daripada segi fizikal
turut dijalankan.

Bidang astronomi moden masih berusaha mencari jawapan kepada
persoalan seperti bagaimana manusia wujud, hari kiamat dan sebagainya.
Bidang ini merangkumi banyak aspek-aspek yang menarik,khasnya berikutan
pengetahuan baru tentang alam semesta serta cakerawala kita. Akibatnya,
banyak agama terpaksa menilai semula ajaran mereka tentang pencipta alam
dan bagaimanakah hidup wujud di dunia ini.

Agama Buddha tidak menghadapi masalah seperti ini kerana Buddha
tidak menggalakkan pengikutnya membuat spekulasi tentang perkara yang di
luar bidang pemahaman mereka. Bagaimanapun, Buddha pernah memberi
beberapa kiasan yang terbukti benar dengan bertambahnya pengetahuan baru
melalui bidang sains. Hal ini menunjukkan bahawa Buddha sedia maklum
tentang sifat semulajadi alam semesta kita.

 

read more

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: